Bagaimana Cara Buat Burger Sedap sampai orang beratur nak beli burger!

Cara Buat Bisnes Burger

Bisnes Burger merupakan bisnes yang paling popular sekali di Malaysia. Boleh dikatakan, hampir semua orang di Malaysia ni pernah membeli burger di tepi-tepi jalan yang dijual tu. Selain mudah didapati,harganya juga jauh lebih murah daripada burger-burger di restoran-restoran makanan segera yang ada di pasaraya-pasaraya besar.

Menariknya bisnes burger ini adalah salah satu bisnes yang mungkin paling ringkas sekali untuk dibina. Walaupun kita hanya nampak sebuah gerai burger, tetapi banyak juga sebenarnya faktor yang perlu diambil kira. Contohnya adalah seperti:

  1. Kawasan menjual
  2. Resepi Burger
  3. Modal
  4. Gerai Burger
  5. Peralatan Memasak Burger
  6. Pembungkusan burger


Banyak juga rupanya perkara yang perlu diambil kira kalau nak buka bisnes burger ni. Belum tentu seorang peguam ataupun doktor dapat memasak burger yang sedap walaupun gajinya RM2000-RM10,000 sebulan..tak gitu?

Cara Buat Bisnes Burger


Apa Faktor Utama Burger Laris?

Jika ditanya ramai orang, sudah tentulah keenakan patty burgernya. Kalau daging burger yang dimasak tu sudah hilang manis dan jusnya, apalah maknanya rasa burger..tak gitu? Tambah pula dengan keenakan mayonis dan juga mustard yang meleleh disekeliling burger tu. Memang tak tertahan dibuatnya.

Untuk membuatkan pembeli berasa terliur adalah persembahan dan juga teknik pembungkusan yang terbaik. Nak bagi orang makan, kena la hias cantik-cantik..cuba tengok gambar kat atas tu. Itu merupakan contoh teknik hiasan burger yang baik sekali. Sekali pandang je nampak macam sedap sangat..Tak sabar nak gigit..Aummm

Bisnes Burger Ni Memang Nampak Macam Best, Tapi....

Barangkali anda minat untuk berniaga burger, tetapi.. pelbagai permasalahan dan kemusykilan yang buatkan anda terhenti seketika untuk mulakan perniagaan burger. Adakah ini yang buatkan anda pening kepala memikirkannya ...

  • Macam mana nak bermula dan apakah LANGKAH PERTAMA yang perlu anda lakukan untuk memulakan bisnes burger dengan betul dan lumayan
  • Anda tercari-cari Sifu atau Tok Guru yang boleh membimbing anda langkah-demi-langkah untuk memulakan dan mengembangkan lagi bisnes burger anda
  • Anda sebelum ni tiada ilmu untuk berniaga terutama sekali berniaga burger. Anda sendiri sedar, apa-apa mesti dimulakan dengan ilmu terlebih dahulu jika ingin memulakan sebarang perniagaan
  • Untung ke bisnes burger ni? Ada orang kata untung kecil. Tapi bagaimana nak tingkatkan keuntungan daripada bisnes burger ini?
  • Berapa modal yang perlu dilaburkan untuk permulaan? Apakah terdapat cara dan teknik untuk mengurangkan kos?
  • Apakah persediaan-persediaan dari segi pengurusan, alatan, pemasaran dan operasi sesebuah bisnes burger yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4-5 angka sebulan? Anda tak tahu caranya tapi ingin sangat mempelajarinya
  • Macam mana nak pilih lokasi yang ‘HOT’ dan strategik untuk meletakkan stall burger bagi mendapatkan prospek dengan mudah tanpa susah-susah keluarkan modal besar untuk buat promosi.
  • Bagaimana cara serta teknik untuk mencari dan mengurus pekerja bisnes burger anda dengan mudah tanpa anda perlu sendiri jadi ‘pekerja’ perniagaan burger anda. Anda pun tak ada banyak masa, kalau boleh nak labur dan minta orang lain yang boleh dipercayai untuk uruskan perniagaan burger anda dengan lancar.
  • Anda tak tahu bagaimana ingin jadikan bisnes burger anda sebagai sumber pendapatan pasif anda. 
  • Anda mahu, walau anda tiada di gerai burger, atau anda sedang tidur sekalipun, duit tetap masuk!
Sudah, kini anda dah tak perlu nak pening-pening lagi fikirkan segala permasalahan di atas ...

Segala persoalan di atas bakal dijawab untuk anda ...


Back To Top